Kenali Herba





Nama Saintifik

Momordica charantia

Family

Cucurbitaceae

Nama Tempatan

Peria katak, bitter melon, bitter gourd, balsam apple, peria laut

Keterangan

Tumbuhan herba ini merupakan tumbuhan memanjat yang mempunyai sulur paut dan boleh membesar sehingga 5m. Jenis daun mudah, susunan daun secara berselang 4−12 cm meliputi 3−7 lob terpisah dengan jelas. Setiap pokok mempunyai bunga kuning jantan dan betina berasingan. Buah mempunyai bahagian luar yang luas dan berbentuk bujur.

Kegunaan

Daun peria katak telah digunakan untuk membuat teh atau sup bermusim di negara barat (Kumar & Bhowmik 2010). Buah yang belum matang kebiasaannya dimakan sebagai sayuran dan telah digunakan sebagai ubat untuk tumor, asma, jangkitan kulit dan tekanan darah tinggi.

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)